Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

Mati itu pasti.


Pagi tadi menerima berita ayah kepada salah seorang kawan meninggal dunia semalam.
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Petang semalam, aku teman mak melawat seorang pakcik dekat kampung kitorang ni.
Lebih kurang 15 minit selepas sampai di rumah pakcik tu, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Dan..aku menjadi saksi melihat malaikat maut mencabut nyawanya.

...
Dalam seminggu ni, agak kerap aku mendengar berita kematian orang yg terdekat.
Sesungguhnya kematian tu tak mengenal umur, paras rupa, dan segala-galanya. Bila tiba masanya, tak lewat atau cepat sesaat pun.

Ayah kawan aku ni memang muda lagi, maybe dalam 40-an. Aku pernah berjumpa dengan ayahnya, last tak silap tahun lepas.
Ajal, kita tak tahu bila dan bagaimana kita akan dipanggil menghadap-Nya. Ayah dia beruntung, meninggal di awal bulan Syaaban, bulan yang mulia.
Mengikut kata kawan tu, ayah nya baru balik dari umrah. Semoga ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Seriously, aku tak sangka aku akan menghadapi saat-saat macam ni; melihat sendiri hayat-hayat terakhir seorang anak Adam.
Wallahi, masa last breath pakcik tu, i can see his face like he was in pain.
And then bila check pulse, sangat lah faint. So, aku hold sekejap dalam 5 minit and check balik. There were no pulse anymore. And no pupils reaction.

Aku shaking. Seriously!
Tiba-tiba aku rasa takut.
Tapi, takut kali ni tak sekuat masa arwah abah meninggal dulu. I think i can manage it now.

Kedua-dua peristiwa ni mengingatkan aku balik 5 tahun lepas; bila arwah abah meninggal.
Masa tu aku tak sempat jumpa arwah sebab masa kejadian, aku di Kedah.
Tapi, aku puas hati, sebab masa tu arwah abah sangat terseksa, dengan komplikasi penyakitnya.

...
Buat Aina Munirah,
Semoga arwah ayah awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal takwa.
Kita seriously tak sangka semua ni jadi.
Kita doakan awak dan keluarga sama-sama kuat dan bersabar ya.

Buat kita semua,
Mari lah kita sama-sama berdoa jika bila tiba saat kita nanti, semoga kita berada dalam keadaan yang terbaik. Moga-moga kita sempat bertaubat dari segala kesalahan dan kesilapan yang kita buat.

Al-fatihah buat ahli keluarga kita yang telah kembali kepada-Nya.
Read More

Saturday, December 10, 2016

7 Februari

Assalamualaikum & selamat sejahtera ☺


moga tiada lagi tangisan berlagu sayu. moga.
Allahu, kurniakan kepadaku kekuatan.

7 Februari 2012.

malam itu, bulan mengambang penuh. langit malam cerah.

dua hari selepas menyambut maulidur rasul, aku menyambut pula berita ini.
terasa lemah longlai lutut, terasa tak mampu untuk menghadapinya.
terasa gelap dunia. terasa lelah saat berita itu datang.
namun, alhamdulillah. alhamdulillah kerana dipinjamkan kekuatan oleh-Nya.
jikalau tidak, mungkin diri ini sudah hilang dalam kesedihan. mungkin juga sudah hilang jiwa ini saat itu.
mujur. dikurniakan keluarga yang sangat membantu memberi kekuatan. rakan yang sama2 membantu memulihkan semangat yang hilang.
alhamdulillah.

tapi, rasa kesal itu tetap hadir. 
manakan tidak, sebulan tidak menatap wajah itu. tuptup, terima berita ini pula. Allahu.

dan..tiada lagi suara itu untuk menegur tiap kesalahan yang dibuat. tiada lagi telinga ini ingin mendengar celotehnya dengan mak. tiada lagi suara memarahi anak2 kecil yang nakal.

tapi, hati ini tahu. hati itu sangat tabah menghadapi tiap ujian-Nya yang Maha Besar.
telinga ini tak pernah mendengar keluhan atau rungutan kesakitan rentetan ujian yang ditanggung.
dan..tidak pernah juga ditinggalkan suruhan-Nya walaupun seberat mana ujian yang melanda.
tidak pernah sedikit pun ditunjukkan airmata lantaran kesakitan itu.

mungkin..mungkin abah sudah tahu bahawa umurnya tidak panjang lagi untuk menatap setiap anaknya.
tiap kali ada yang bercuti,  dipintanya untuk menghilangkan kelenguhan.
dipanggilnya untuk berbicara dengannya.
mungkin untuk merasa kasih sang anak yang mungkin takkan dirasai lagi selepas ini.

benarlah kata orang, bila sudah tiada barulah kita sedar betapa berharganya orang itu.

8 Februari 2012. Pagi.
sampai sahaja di rumah, ramai orang sedang bercakap2. membicarakan peristiwa itu.
sudah tiada lagi tangan yang menyambut huluran salamku sejak kecil.
sudah tiada lagi wajah yang penuh semangat menyambut kepulangan tiap anaknya.
yang ada hanyalah sebujur jasad yang kaku, yang dingin menyambut kepulangan anaknya.
yang ada hanyalah mata yang sudah tertutup rapat, yang tak mampu lagi melihat tiap anaknya.
yang ada hanyalah sebujur jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
abah.

*****

7 Februari 2013.
Sudah 3 tahun peristiwa itu berlalu pergi. dibawa sang masa yang pantas berputar.
3 tahun sudah arwah abah meninggalkan dunia yang fana ini. 
meninggalkan keluarganya, rumahnya dan segala keperitan serta dugaan daripada-Nya.
moga arwah abah bahagia di sana, bertemu Sang Pencipta-Nya.
moga segala kesakitan di dunia ini hilang bersama hilangnya kesakitan sakaratulmaut itu.
moga diberikan lagi peluang untuk berjumpa 'disana' nanti. insyaAllah.

kehilangan itu mengajar aku.
belajar utuk menjadi seorang anak yang baik.
semoga doa sang anaknya ini diterima oleh arwah 'disana'.

abah,
moga abah bahagia 'disana'.
Read More
Powered by Blogger.