Tuesday, October 24, 2017

MYCorps South Asia

Meet & Greet session dengan YB KJ

This is one of my biggest decision ever and i've never regret making this decision :)

Mula-mula tahu pasal MYCorps bila scroll fb, rasanya hujung tahun 2016. Masa tu diorang tengah promote misi ke Middle East tapi takleh nak join sebab still study. And salah seorang kawan sekolah pun pernah join mission ke Cambodia tahun lepas.

And alhamdulillah tahun ni habis belajar dalam bulan Mac and application untuk misi ke South Asia: Bangladesh & Sri Lanka open dalam bulan 5. Excited gila masa tu nak apply. I don't know tapi macam dah dapat rasa yang aku punya application akan diterima. haha (cam riak le pulak. haha)
Buat yang nak apply, bersiap sedia untuk menghabiskan masa depan laptop ke pc ke amende sebab memang banyak yang nak kena isi kayhh. Aku punya dalam 2 hari baru settle sebab biasalah kan internet cam siput satu hal pastu dah siap isi tetiba dia ter-refresh cane tah kena buat balik.

So, dalam bulan Jun dapat email mengatakan application diterima and akan ada interview untuk short-listed participants. Aku dapat skype interview sebab masa tu panel ada hal kot tak dapat turun kelantan. Interview soalan biasa la kan. haha. 

Nak tahu result ni lama sikit, dalam 2-3 minggu lepas tu, daddy KJ yang announce dekat twitter beliau :D
Masa tu aku tengah  nak gi somewhere, tengah scroll scroll twitter nampak kj post gambar participants MYCorps untuk South Asia and i was there! Alhamdulillah :)

Participants untuk Misi MYCorps South Asia 2017

And kitorang kena register untuk Pre-Departure Training (PDT) di International Youth Centre (IYC) Cheras dalam masa 3-4 hari camtu kot. PDT sebulan, then baru fly ke sana untuk 2 bulan.

First day PDT di International Youth Centre (IYC), Cheras.

Dalam masa PDT tu memang macam-macam la ilmu dapat. Ilmu related to humanitarian la of course, and ada jugak pasal negara yang akan korang akan dihantar, apa projek sesuai etc.

Memang masa tu banyak gila input and please grab as much as you can la. Sebab eventhough kau tak guna sangat masa deployment nanti, maybe in the future bila kau join another mission korang akan ingat balik. Selain ceramah-ceramah segala tu, ada jugak la program untuk team building sebab korang nak get close to each other kan. Tapi tak best la kalo cite kat sini. Spoiler jadinya. haha
.....

Okeh, kenapa awal-awal cerita ni aku cakap joining MyCorps is a decision that i never regret?
Sebab masa tu tengah tunggu untuk interview housemanship SPA. Tapi dapat je result MYCorps tu, aku terus decide, Yes, I am going!

Still risau jugak kot-kot kena panggil interview tengah-tengah training atau worst, masa deployment.
Tapi, few days lepas tu dapat good news. Interview SPA untuk housemanship dimansuhkan! Alhamdulillah. Satu benda settle :)

Yang tak settle lagi ialah takut ada intake tetiba pulak.
And alhamdulillah once again. Aku punya application SPA macam lambat sikit sebab sistem punya sorting, so maybe hujung tahun kot baru dapat placement.

And another good news. Aku dapat attend konvo! Yeayy!! :D

Daripada situ dah tahu yang Allah permudahkan segala hal. Kalau kau betul-betul nak something, usaha betul-betul, and doa la paling penting. InsyaAllah nanti Allah tunjukkan jalan punya.
.....

Final participants MYCorps South Asia 2017
Long story short, kitorang punya PDT habis dalam bulan 8. Sebab misi kali ni akan ke dua negara, so kitorang memang tak tahu placement macam mana sampai lah last week kat IYC. Masa sesi 'Meet & Greet' dengan YB KJ, masa tu la diorang reveal pasal placement. Memang expect the unexpected la.

Aku memang kalau boleh nak gi Bangladesh and alhamdulillah memang dapat placement kat sana. Exact place ialah Dhaka, city of Bangladesh. 

Bangladesh ada 3 group, Sri Lanka pulak ada 4 group. Setiap group ada NGO masing-masing.

Group aku pulak seramai 7 orang ditempatkan di slum area, kawasan setinggan di Mohammadpur, Rayerbazar, Dhaka.
Tapi, sehari sebelum fly, kitorang dapat tahu yang tempat kitorang nak gi tu ada isu keselamatan. So, pihak NGO yang kitorang akan attach (SPREEHA) decide untuk hantar kitorang ke tempat yang lebih selamat, di utara Bangladesh, Sylhet. Tapi, kitorang still under NGO yang sama cumanya NGO di Sylhet akan monitor kitorang kat sana.

Pung pang pung pang buat projek, akhirnya setelah 2 bulan, kitorang balik Malaysia tanah airku :)
.....

Alhamdulillah kitorang semua dah berjaya menamatkan misi kemanusiaan di Bangladesh & Sri Lanka. Korang bila lagi? :)

Sesiapa yang tengah free atau nak merasa #ChangingLives experience, atau nak mula berjinak-jinak dengan dunia volunteerism, disarankan untuk apply Misi MYCorps ke Sudan dan Lubnan. Application dah bukak kayhh sekarang, sampai 4 November 2017. 

So, cepat-cepat lah apply sebelum terlambat! Boleh jenguk website MYCorps atau follow and like facebook MYCorps untuk tengok gambar kitorang (haha), update pasal application and update program etc.

Post kali ni memang aku bagi overview je dulu pasal application untuk misi kemanusiaan MYCorps yang aku join. 
Next post baru aku cerita pasal pengalaman kat Bangladesh, apa lainnya MYCorps dan NGO lain kat Malaysia etc.
So, korang stay tuned je kayhh! 
....

As the tagline goes, MYCorps does change my life :)

Ignition Ceremony bersama YB KJ. We are officially MYCorps Alumni! :)


Jangan lupa follow fb MYCorps :D
Read More

Tuesday, May 2, 2017

The road not taken


Bila kita sihat, kita jarang (atau tak pernah) bersyukur dengan nikmat sihat yang kita dapat.
Bila kita sakit, mula la nak kecewa itu ini, baru timbul kesedaran nikmat sihat dulu yang disia-siakan etc.

Kadang-kadang kita rasa tak adil kita dapat sakit macam ni, macam tu.
Kenapa bukan orang lain yang dapat?
Every questions timbul dalam fikiran.

Aku pernah, sampai satu ketika, bila rasa sangat kecewa dengan keadaan diri aku, aku persoalkan takdir yang Allah bagi.

Ya, sebagai hamba Dia tak patut kita persoalkan qada' dan qadar yang Dia tentukan untuk kita.

Tapi, selepas tu baru lah aku reflect balik. Fikir balik apa yang sepatutnya aku buat.

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita semakin jauh dari Dia.
Jarang berdoa, jarang meminta dekat Dia. Padahal Dia lah Yang Maha Pemurah.
We always forgot that thing.
Kita lebih banyak meminta pada hamba Dia.

Sakit tu kifarah dosa.
Selalu kot dengar ayat ni kan?

Aku rasa sakit ni boleh lead pada dua benda.
Satu, kau makin dekat dengan Dia.
Dua, kau makin jauh.

Don't waste our time, don't choose the latter.
Be the one yang choose the road not taken.
Road not taken ialah road yang less travelled, yang jarang orang perasan sebenarnya dia lah jalan menuju ke destinasi yang betul.

Aku pun tak pasti dengan apa aku akan hadapi kedepan hari ni.
Moga baik-baik saja.
Read More

Sunday, April 30, 2017

Mati itu pasti.


Pagi tadi menerima berita ayah kepada salah seorang kawan meninggal dunia semalam.
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Petang semalam, aku teman mak melawat seorang pakcik dekat kampung kitorang ni.
Lebih kurang 15 minit selepas sampai di rumah pakcik tu, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Dan..aku menjadi saksi melihat malaikat maut mencabut nyawanya.

...
Dalam seminggu ni, agak kerap aku mendengar berita kematian orang yg terdekat.
Sesungguhnya kematian tu tak mengenal umur, paras rupa, dan segala-galanya. Bila tiba masanya, tak lewat atau cepat sesaat pun.

Ayah kawan aku ni memang muda lagi, maybe dalam 40-an. Aku pernah berjumpa dengan ayahnya, last tak silap tahun lepas.
Ajal, kita tak tahu bila dan bagaimana kita akan dipanggil menghadap-Nya. Ayah dia beruntung, meninggal di awal bulan Syaaban, bulan yang mulia.
Mengikut kata kawan tu, ayah nya baru balik dari umrah. Semoga ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Seriously, aku tak sangka aku akan menghadapi saat-saat macam ni; melihat sendiri hayat-hayat terakhir seorang anak Adam.
Wallahi, masa last breath pakcik tu, i can see his face like he was in pain.
And then bila check pulse, sangat lah faint. So, aku hold sekejap dalam 5 minit and check balik. There were no pulse anymore. And no pupils reaction.

Aku shaking. Seriously!
Tiba-tiba aku rasa takut.
Tapi, takut kali ni tak sekuat masa arwah abah meninggal dulu. I think i can manage it now.

Kedua-dua peristiwa ni mengingatkan aku balik 5 tahun lepas; bila arwah abah meninggal.
Masa tu aku tak sempat jumpa arwah sebab masa kejadian, aku di Kedah.
Tapi, aku puas hati, sebab masa tu arwah abah sangat terseksa, dengan komplikasi penyakitnya.

...
Buat Aina Munirah,
Semoga arwah ayah awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal takwa.
Kita seriously tak sangka semua ni jadi.
Kita doakan awak dan keluarga sama-sama kuat dan bersabar ya.

Buat kita semua,
Mari lah kita sama-sama berdoa jika bila tiba saat kita nanti, semoga kita berada dalam keadaan yang terbaik. Moga-moga kita sempat bertaubat dari segala kesalahan dan kesilapan yang kita buat.

Al-fatihah buat ahli keluarga kita yang telah kembali kepada-Nya.
Read More

Sunday, March 19, 2017

Introvert Part I

Assalamualaikum and hi :)

Ada seorang kawan yang mencadangkan untuk saya mengulas tajuk di atas.
Not because I am a counselor, but I am an introvert myself.

Why?
Because most of the people around me, for most of the time, they wrongly interpreted me.
...

First: Medical course & introvert

It is actually very very very difficult untuk adapt and adjust ourselves to an outspoken world. Believe me, it takes multiple times of thinking and courage to act or do something yang out of our norm.

Ada orang cakap, baguslah kau tak banyak cakap, tak banyak dosa. Kepala dia!
Know why? Sebab kita dimomokkan dengan thought bahawa orang yang berjaya ialah orang yang outspoken, yang boleh utarakan pendapat dia. And a reserved person is difficult to survive. This is what I understand for being in this Malaysia education system for all these years (Kalau salah please betulkan saya).

Kadang-kadang bagus untuk kita tahu kita ni berpersonaliti macam mana, sebab it can help us to choose our path of career. Seriously speaking!
Sometimes, I do regret my choice of taking medical course (haha!) because it totally need A LOT of speaking, communicating with people! (Ada lagi la reasons lain of course)
Frankly speaking, in my first year of clinical, I am very very depressed. Sebab I have to do something that I hate the most; communicating! Haha.

Tapi, kadang-kadang seronok. Depends.

My ambition is to be a doctor. Yes, it is my childhood ambition. I want to help people, to make my family proud of me, to show that I can do anything, to show that I am not a weak person because of my lack of capabilities in speaking.
Tapi kadang-kadang, I would agree with Bruno Mars; "Too young too dumb to realize.." Hahaha T_T

However, I managed to overcome this fear, inferiority complex and alhamdulillah I have finished my degree in medicine! Yeay! :)

So, my first advice untuk sesiapa yang introvert, fikir betul-betul, buat istikharah so that kalau korang terfikir untuk pilih medical course, korang takkan menyesal and hopefully He will lead the way and show what is the best for you.

I think I will do one post about medical course later, the benefits and what is my opinion regarding medical course. So, stay tuned. Haha.
...

Second: What others think about you.

Manusia, kita selalu ambil alih tugas Allah SWT; judging.
I am not talking about others, kadang-kadang saya sendiri buat. Tapi, how we realize after that and try untuk elak benda tu lagi yang akan bezakan kita daripada orang-orang lain yang judging jugak.

For your information dear-not-introvert-people (hee :p), ada masanya kami malas nak bercakap. Haha. Gila kan? Saya pun tak pasti the reason behind BUT I really feel this! Bila mai rasa malas nak bercakap, malas nak layan orang bercakap tu masyallah Tuhan je tahu. Tambah annoying bila kita dah cakap few times and orang tu still tak faham yang membuatkan kita perlu explain berkali-kali. Tambah-tambah kalau jenis bercakap macam bercakap sorang (aku ler tu), suara masyallah slow gila.

I am sorry kawan, I am really hopeless when this happen. It's not that I can control it, it's hard ok. Especially bila dekat kelas and lecturer duk tanya-tanya soalan, and kena pulak dia point soalan tu kat kau lagi la stress. That's why kadang-kadang even soalan senang pun tak terjawab; sebab kepala otak dah memang tak fokus pada soalan! So, tak betullah kalau kami tak jawab soalan tu maknanya kami tak tahu. It's just that sometimes we did not focus.

Ada jugak yang interpret sendiri; bila kau tak cakap dengan dia, makanya kau tengah marah dia. Naahh. It doesn't work that way my dear friends :)
If saya sendiri, sometimes, I lost in my own thoughts and I am not concentrate dengan apa yang jadi di sekeliling. So kadang-kadang I may not realize that you're talking to me. Hehe. I am sorry ;(
...

Third: You are a weirdo!

This also happened to me, during my foundation days. Frankly speaking, masa final year degree ni aku baru tahu orang ingat aku ni budak pelik masa foundation. Hahahaha!

Sebab apa? Sebab kita tend untuk rasa someone tu pelik bila dia tak buat apa yang kita buat. Contoh, bila sedih, kebanyakan orang akan bercakap dengan someone untuk luahkan perasaaan. For me, I'll choose to calm myself first, then baru cari someone untuk luahkan perasaan. Nak dijadikan cerita, masa foundation, i have quite lots of problems with my roomates, so I did not stay in the room most of the time. I will stay alone in surau, eat alone most of the time, pergi surau pagi-pagi lagi bila subuh (kebanyakan budak perempuan solat kat bilik je), jogging alone, and many more lah.
So they thought that I am a weirdo. Tapi, to think back, yeah maybe I deserved it because I do it all alone.

But hey, I think what is the best to do is, go talk to them, approach them (if any of your friend ada yang macam ni). Yes I agree that ada je yang jenis tak suka cerita dekat orang lain, tak nak orang tau hal dia, but hey, don't you think that one fine day, he or she will reveal themselves to you :D
Nak tau kenapa? Trust!
We need to trust people to tell something that is quite personal rite? Tapi ada je orang yang jenis bagitau je semua benda dia buat dekat social media. Tu ceghita lain lah.
But, this is me. I will share what I feel, what I think of with someone that I can trust to. And whom I think will not judge me, or whom I am comfortable with.

I am sure most of us will have those criteria to choose to whom we share our personal things.

.....

So, here I am. Rasanya I will do Part 2 untuk tajuk ni. Haha.
Stay tuned kay because I will add some more to this.

And stay tuned for other things that I'll share later. I have lots of things to share to, so wish me luck so that idea melimpah ruah. Haha.


#nota kaki: ada orang share dekat fb iium confession (tak ingat bila); katanya, dalam islam, tak ada introvert-extrovert-thingy, it is our will to come out from our comfort zone. I am agree with what he/she told but sometimes, it helps us to know which path should we choose so that we will not regretting it later. Tapi, jangan terlalu obses, bersederhanalah :)



Read More

Monday, January 9, 2017

Rezeki, ujian dan syukur

Dalam perjalanan hidup kita, mesti ada one moment yang kadang-kadang kita macam judge apa yang Allah SWT rezeki kan untuk kita, untuk kawan kita.



I have been there. Perhaps, still there.

Benda ni jadi bila assessment atau exam, selalunya lah.
Kau (bajet) dah study banyak, tido lewat, baca buku tu baca buku ni, hafal yang tu hafal yang ni, and in the end, masa exam tak dapat jawab atau rezeki dapat benda yang kau tak ter-baca pulak atau tak expect.

And kawan kau yang study lek lek je, dapat benda yang common and boleh kata senang atau benda basic and dia pass selamba jek.

And time tu lah si syaitonnirojim cucuk kau. Kau mula goyah dengan apa yang kau diajar. Yang rezeki setiap orang berbeza, struggle setiap orang berbeza, dan sebenarnya setiap kesusahan dan kesenangan tu ialah satu UJIAN.

Yang tengah rasa susah, tak pelik kalau  kita cakap tu ujian.
Tapi yang tengah senang ni, kadang-kadang macam tak percaya bahawasanya kesenangan yang kita dapat ialah satu ujian. Ujian drpd Allah nak tahu kita bersyukur tak dengan apa Dia bagi, ujian nak tengok adakah kita akan mengatakan bahawa usaha kita tu lah yang membuatkan kita pass, atau kita memang deserved pass tu sebab kita kemain tido lewat study.

Sebenarnya TAK. 
Usaha tu bukan lah penentu kejayaan kita.
Usaha bukan purely kayu ukur kejayaan.
Tapi, usaha still main peranan. Sebab apa? Sebab kita HAMBA. 
Usaha ialah satu manifestasi je, nak tunjukkan bahawa kita ni lemah selemah-lemahnya. Betapa kita kena berusaha untuk dapatkan sesuatu, bukannya kejayaan tu akan datang bergolek-golek depan mata.

Kalau kat sekolah rendah dulu, cikgu selalu cakap, "Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek." *smirk* (ingat lagi weh peribahasa even dah seploh tahun tinggal. hahaha)

Betul kan apa yang orang dulu-dulu cakap.

Ada someone pernah cakap, "Doa-doa orang-orang di sekeliling kita ni lah yang bantu kita dapat apa yang kita dapat hari ni."
Doa mak ayah, doa adik beradik, doa cikgu-cikgu, doa kawan-kawan and kadang-kadang doa yang kita doakan dekat orang yang orang tu tak tahu pun kita doakan dia (awat rasa macam keling ja ayat ni -.-), yang bantu kita.

Jadi, penting lah kan kita jaga hubungan kita dengan Allah SWT, hubungan sesama manusia. 
Marilah kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dengan apa-apa rezeki yang kita dapat. 
Dan jangan lupa doakan keluarga kita, cikgu-cikgu kita, kawan-kawan kita, sesama umat islam, so that ada keberkatan yang dapat bantu kita one fine day.

Tolong doakan saya dan kawan-kawan saya T_T
Kami bakal menghadapi final exam tak sampai 50 hari ja lagi *nangess*
Doakan kami pass final exam sekali gus ja, and dapat jadi doktor yang membantu dan menyumbang kepada manusia.


Read More

Friday, December 16, 2016

Minggu pertama posting paediatrics

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera ☺

I am a survivor of first week paediatrics posting *muka lega*
To be able to survive paeds posting is really really really a relief. Orang yang dah lalui akan paham perasaan ni. Haha

Antara enam2 major posting, posting paeds memang paling 'disaster' sikit. Bukan sebab patient-nya, tapi...(budak2 rcmp paham2 sendiri le) 

To be honest, aku sebenarnya ala-ala trauma nak masuk posting paeds ni awal2, sebab masa posting paeds third year takleh jawab soalan short case :(
Dan kena marah sebab takleh nak tangkap the most obvious features sorang baby ni. I am so disappointed with myself. Balik2 stres sangat konon-kononnya, pi tengok cite sedih pulak, Taare Zameen Par. haha

Posting paeds kat rcmp ni boleh kata antara posting yang tough sebab lecturer agak strict dan kalau final year, especially yang terperuk dekat Taiping ni, nak kena prepare slide presentation seminar setiap hari. Sebab kat sini tak ramai, so setiap hari kena present seminar. Agak letih kat situ la sebenarnya. Dengan kena clerk untuk bedside, tak cukup sejam, paling koman 2 jam sebab banyak benda nak kena tanya *nangis*

Tu je la yang stres sikit pasal posting ni. Patients kat wad biasa la, budak2, nak expect apa sangat kan? Diorang dah tak sihat, ada je yang susah nak examine, ada yang senang cooperative. Depends la.

Apa yang beza nya posting paeds ni dengan posting lain?

1. You have to  move faster. Patients cilik ni sangat la cepat diorang punya transformation, so kita pun kena pakai gear 1 sebab kita taknak diorang jadi worse.

2. Ada sorang dalam group kitorang tanya one of our lecturers, kenapa dia pilih untuk buat specialist paediatrics? Agak2 apa jawapan doktor tu?
Jeng jeng jeng ;D 
Sebab budak2 ni diorang punya recovery rate cepat berbanding dengan orang dewasa. So, sebab tu kita kena bertindak cepat.

3. You have to be clean all the time. Diorang mudah nak dapat infection, so kena make sure betul2, before nak examine atau sentuh diorang, kita WAJIB basuh tangan atau pakai hand sanitizer. Barang2 mainan, pun kena pakai yang washable; contoh yang made of plastic. Ada lecturer kitorang siap suruh lap stetoskop pakai alcohol swab sebab taknak kasi budak2 ni kena infection.
Sampai macam tu sekali tau.

4. Kena jadi kreatif. Sebab apa? Sebab kadang2 let's say nak examine, diorang tak nak ikut apa yang kita nak buat, so kena cari jalan untuk attract attention atau distract diorang. 

5. Kena pakai kasut yang selesa. Sebab kau bakal berdiri tercongok tanya soalan yang details dia mak aii pikir sepuluh kali nak tanya sebab nampak macam tak proper tapi sebenarnya penting. Paling minimum, 2 jam. Tu tak masuk yang kena datang balik sebab ada lupa nak tanya, nak examine lagi. haha

Cukup kot dulu eh 5 points ni. hehe
Nanti minggu seterusnya aku try untuk post lagi, kalau tak pengsan buat slide and prepare bedside. Haha.
Doakan aku dan kawan-kawan pass first attempt long case. Satu posting ni je lagi kena pass long case before final exam.
Dan tolong doakan kami pass dengan cemerlang, gemilang, terbilang untuk final exam.

Segala kebaikan korang cuma Allah yang mampu membalasnya :)
Dan doakan kitoang dapat survive untuk another 6 weeks ☺

And..thanks dear readers, sanggup baca aku membebel ni ;)
Read More

Saturday, December 10, 2016

7 Februari

Assalamualaikum & selamat sejahtera ☺


moga tiada lagi tangisan berlagu sayu. moga.
Allahu, kurniakan kepadaku kekuatan.

7 Februari 2012.

malam itu, bulan mengambang penuh. langit malam cerah.

dua hari selepas menyambut maulidur rasul, aku menyambut pula berita ini.
terasa lemah longlai lutut, terasa tak mampu untuk menghadapinya.
terasa gelap dunia. terasa lelah saat berita itu datang.
namun, alhamdulillah. alhamdulillah kerana dipinjamkan kekuatan oleh-Nya.
jikalau tidak, mungkin diri ini sudah hilang dalam kesedihan. mungkin juga sudah hilang jiwa ini saat itu.
mujur. dikurniakan keluarga yang sangat membantu memberi kekuatan. rakan yang sama2 membantu memulihkan semangat yang hilang.
alhamdulillah.

tapi, rasa kesal itu tetap hadir. 
manakan tidak, sebulan tidak menatap wajah itu. tuptup, terima berita ini pula. Allahu.

dan..tiada lagi suara itu untuk menegur tiap kesalahan yang dibuat. tiada lagi telinga ini ingin mendengar celotehnya dengan mak. tiada lagi suara memarahi anak2 kecil yang nakal.

tapi, hati ini tahu. hati itu sangat tabah menghadapi tiap ujian-Nya yang Maha Besar.
telinga ini tak pernah mendengar keluhan atau rungutan kesakitan rentetan ujian yang ditanggung.
dan..tidak pernah juga ditinggalkan suruhan-Nya walaupun seberat mana ujian yang melanda.
tidak pernah sedikit pun ditunjukkan airmata lantaran kesakitan itu.

mungkin..mungkin abah sudah tahu bahawa umurnya tidak panjang lagi untuk menatap setiap anaknya.
tiap kali ada yang bercuti,  dipintanya untuk menghilangkan kelenguhan.
dipanggilnya untuk berbicara dengannya.
mungkin untuk merasa kasih sang anak yang mungkin takkan dirasai lagi selepas ini.

benarlah kata orang, bila sudah tiada barulah kita sedar betapa berharganya orang itu.

8 Februari 2012. Pagi.
sampai sahaja di rumah, ramai orang sedang bercakap2. membicarakan peristiwa itu.
sudah tiada lagi tangan yang menyambut huluran salamku sejak kecil.
sudah tiada lagi wajah yang penuh semangat menyambut kepulangan tiap anaknya.
yang ada hanyalah sebujur jasad yang kaku, yang dingin menyambut kepulangan anaknya.
yang ada hanyalah mata yang sudah tertutup rapat, yang tak mampu lagi melihat tiap anaknya.
yang ada hanyalah sebujur jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
abah.

*****

7 Februari 2013.
Sudah 3 tahun peristiwa itu berlalu pergi. dibawa sang masa yang pantas berputar.
3 tahun sudah arwah abah meninggalkan dunia yang fana ini. 
meninggalkan keluarganya, rumahnya dan segala keperitan serta dugaan daripada-Nya.
moga arwah abah bahagia di sana, bertemu Sang Pencipta-Nya.
moga segala kesakitan di dunia ini hilang bersama hilangnya kesakitan sakaratulmaut itu.
moga diberikan lagi peluang untuk berjumpa 'disana' nanti. insyaAllah.

kehilangan itu mengajar aku.
belajar utuk menjadi seorang anak yang baik.
semoga doa sang anaknya ini diterima oleh arwah 'disana'.

abah,
moga abah bahagia 'disana'.
Read More
Powered by Blogger.