Saturday, December 10, 2016

7 Februari

Assalamualaikum & selamat sejahtera ☺


moga tiada lagi tangisan berlagu sayu. moga.
Allahu, kurniakan kepadaku kekuatan.

7 Februari 2012.

malam itu, bulan mengambang penuh. langit malam cerah.

dua hari selepas menyambut maulidur rasul, aku menyambut pula berita ini.
terasa lemah longlai lutut, terasa tak mampu untuk menghadapinya.
terasa gelap dunia. terasa lelah saat berita itu datang.
namun, alhamdulillah. alhamdulillah kerana dipinjamkan kekuatan oleh-Nya.
jikalau tidak, mungkin diri ini sudah hilang dalam kesedihan. mungkin juga sudah hilang jiwa ini saat itu.
mujur. dikurniakan keluarga yang sangat membantu memberi kekuatan. rakan yang sama2 membantu memulihkan semangat yang hilang.
alhamdulillah.

tapi, rasa kesal itu tetap hadir. 
manakan tidak, sebulan tidak menatap wajah itu. tuptup, terima berita ini pula. Allahu.

dan..tiada lagi suara itu untuk menegur tiap kesalahan yang dibuat. tiada lagi telinga ini ingin mendengar celotehnya dengan mak. tiada lagi suara memarahi anak2 kecil yang nakal.

tapi, hati ini tahu. hati itu sangat tabah menghadapi tiap ujian-Nya yang Maha Besar.
telinga ini tak pernah mendengar keluhan atau rungutan kesakitan rentetan ujian yang ditanggung.
dan..tidak pernah juga ditinggalkan suruhan-Nya walaupun seberat mana ujian yang melanda.
tidak pernah sedikit pun ditunjukkan airmata lantaran kesakitan itu.

mungkin..mungkin abah sudah tahu bahawa umurnya tidak panjang lagi untuk menatap setiap anaknya.
tiap kali ada yang bercuti,  dipintanya untuk menghilangkan kelenguhan.
dipanggilnya untuk berbicara dengannya.
mungkin untuk merasa kasih sang anak yang mungkin takkan dirasai lagi selepas ini.

benarlah kata orang, bila sudah tiada barulah kita sedar betapa berharganya orang itu.

8 Februari 2012. Pagi.
sampai sahaja di rumah, ramai orang sedang bercakap2. membicarakan peristiwa itu.
sudah tiada lagi tangan yang menyambut huluran salamku sejak kecil.
sudah tiada lagi wajah yang penuh semangat menyambut kepulangan tiap anaknya.
yang ada hanyalah sebujur jasad yang kaku, yang dingin menyambut kepulangan anaknya.
yang ada hanyalah mata yang sudah tertutup rapat, yang tak mampu lagi melihat tiap anaknya.
yang ada hanyalah sebujur jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
abah.

*****

7 Februari 2013.
Sudah 3 tahun peristiwa itu berlalu pergi. dibawa sang masa yang pantas berputar.
3 tahun sudah arwah abah meninggalkan dunia yang fana ini. 
meninggalkan keluarganya, rumahnya dan segala keperitan serta dugaan daripada-Nya.
moga arwah abah bahagia di sana, bertemu Sang Pencipta-Nya.
moga segala kesakitan di dunia ini hilang bersama hilangnya kesakitan sakaratulmaut itu.
moga diberikan lagi peluang untuk berjumpa 'disana' nanti. insyaAllah.

kehilangan itu mengajar aku.
belajar utuk menjadi seorang anak yang baik.
semoga doa sang anaknya ini diterima oleh arwah 'disana'.

abah,
moga abah bahagia 'disana'.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.